Wednesday, 27 July 2011

Sikap buruk manusia

SYEIKH Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam buku tasauf Penawar Bagi Hati menjelaskan mengenai sepuluh celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menempuh kehidupan seharian.

Sepuluh celaan itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim dilakukan manusia iaitu:

1. Gelojoh ketika makan

Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran.

2. Banyak bercakap

Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia, fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia.

3. Suka marah-marah

Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas kemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun, mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.

4. Hasad dengki

Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnah hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki. Rasulullah bersabda: 'Dengki itu memakan segala kebaikan' (riwayat Muslim).

5. Kedekut

Rezeki yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun banyaknya. Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang dari membelanjakan sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan ke jalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.

6. Bermegah-megah

Ia termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan.

7. Cintakan dunia

Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan ukhrawi. Rasulullah bersabda: "Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari."
(riwayat Bukhari dan Muslim).

8. Ego atau sombong

Sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat maha besar.

9. Ujub dan suka bangga diri

Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan ego.

10. Gemarkan pujian atau riak

Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang dilakukan. Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan.

Sepuluh sikap yang dicela Allah ini, jika diamalkan, akan termasuk dalam kategori melakukan dosa besar.

Monday, 25 July 2011

Penyakit meroyan..

Gangguan mental selepas bersalin

Proses kehamilan dan kelahiran adalah salah satu fasa perubahan dalam kehidupan seorang wanita yang mana ia boleh mendatangkan ketidakseimbangan dalam diri wanita tersebut. Ia boleh dianggap sebagai satu proses kematangan diri, walaupun sesetengah wanita, mungkin menghadapi masalah.


Penyakit mental selepas bersalin boleh dibahagikan kepada tiga kategori:
  • Gangguan emosi postpartum
  • Kemurungan postpartum atau meroyan
  • Psikosis postpartum, juga disebut meroyan (Postpartum=waktu selepas bersalin)

Ganguan emosi postpartum
Ia berlaku ke atas 25 - 85% wanita yang baru bersalin. Tanda-tanda penyakit ini timbul beberapa hari selepas bersalin dan ia memuncak pada hari kelima. Namun begitu, gangguan emosi ringan ini biasanya pulih dalam masa dua minggu.
Kemurungan postpartum
Ianya berlaku di kalangan 10 - 20% wanita selepas bersalin. Gejala-gejala timbul dalam masa sebulan selepas bersalin. Pada kebiasaannya, penyakit ini sembuh dengan tersendiri dalam jangka masa tiga hingga enam bulan, tetapi bagi kes-kes yang berat ia mungkin berterusan sehingga dua tahun.
Psikosis postpartum 
Keadaan ini jarang dijumpai tetapi serius dan berlaku dalam setiap 500 - 1000 jumlahkelahiran. Gejala penyakit ini timbul dengan pantas dan biasanya timbul beberapa harisehingga dua atau tiga minggu selepas bersalin. Walaupun begitu,risiko tetap tinggi selepas beberapa bulan kemudian.
Tanda-tanda dan gejala Gangguan emosi postpartum
  • Kemurungan yang ringan dan emosi yang berubah-ubah
  • Mudah menangis
  • Mudah melenting
  • Gelisah
  • Kurang penumpuan
  • Kurang selera makan dan gangguan tidur
  • Kemurungan postpartum
  • Perasaan murung
  • Letih lesu dan tidak bermaya
  • Suka memencilkan diri
  • Kerap mengadu akan kurang sokongan sosial
  • Salah faham akan kehendak bayi
  • Kurang penumpuan dan daya ingatan
Psikosis postpartum
  • Gangguan tidur dan perubahan selera makan
  • Mudah resah
  • Berfikir untuk membunuh diri dan melakukan pembunuhan
  • Perasaan dan kelakuan yang pelik
  • Gejala psikosis. Contoh seperti mendengar suara walaupun pada zahirnya tiada orang di sekeliling (halusinasi) atau kepercayaan yang tidak rasional (delusi)
Komplikasi
Bayi-bayi kepada ibu yang menghidapi penyakit mental selepas bersalin kelak berkemungkinan mempunyai masalah dalam emosi, tingkah laku dan pembelajaran. Di samping itu di kalangan kes-kes yang melampau, ibu yang mempunyai penyakit mental selepas bersalin ini boleh mencederakan bayi mereka.  

Rawatan
Gangguan emosi ringan postpartum
  • Pendidikan mengenai gangguan emosi ini amatlah penting. Ibu yang diganggu dengan masalah emosi ini memerlukan sokongan daripada ahli keluarga dan juga bantuandalam mengurangkan punca tekanan psikologi. Ahli keluarga hendaklah membawaibu untuk berjumpa dengan doktor sekiranya tanda-tanda penyakit didapati semakinteruk.
Kemurungan postpartum
  • Pendidikan, memberi ketenangan dan sokongan terutamanya daripada ahli keluarga adalah amat digalakkan untuk membantu dalam proses pemulihan. Psikoterapisokongan dan terapi kognitif didapati berkesan, di samping ubat-ubatan yang diberikan dalam kes-kes tertentu. Bagi kes-kes yang teruk, pesakit mungkin akan dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut dan dalam kes begini, perjumpaan antara ibu dan anak digalakkan.
Psikosis postpartum
  • Kemasukan ke wad mungkin diperlukan. Ubat-ubatan diberikan untuk mengawal gejala-gejala. Dalam setengah kes-kes yang teruk terapi "elektrokonvulsif" mungkin diperlukan. Ahli keluarga pula perlu diberi penerangan mengenai penyakit ini. PencegahanPengesanan awal ke atas ibu yang berisiko untuk mendapat penyakit mental postpartum amatlah penting agar rawatan dapat dimulakan dengan secepat mungkin. Wanita yang dikategorikan sebagai mempunyai risiko yang tinggi termasuk mereka pernah mengalamipenyakit mental postpartum, sejarah keluarga yang mempunyai penyakit mental, kehamilan yang tidak dirancang dan kepincangan rumah tangga. Sokongan emosi, rohani, fizikal dansosial amatlah penting bagi ibu-ibu selepas bersalin sebagai satu aspek pencegahan penyakit mental selepas berkahwin.

Friday, 18 March 2011

sikap cemburu

Kalau tidak ada perasaan cemburu dalam hubungan, memang tidak sah. Mana mungkin setiap saat dan setiap detik, kita akan tetap berfikiran positif. Selalunya, kaum perempuan memang akan dikaitkan dengan sikap cemburu. Cemburu buta, kuat cemburu, terlalu cemburu, cemburuuuu, semuanya sering dikaitkan dengan kaum perempuan. Namun, jangan sangka kaum lelaki tidak pernah cemburu, malah sekiranya lelaki berasa cemburu, memang buruk padahnya apatah lagi apabila si lelaki sememangnya bersikap KUAT CEMBURU atau CEMBURU BUTA.
Sebenarnya, perasaan cemburu memang perlu dalam sesebuah hubungan namun perlu berpada-pada. Jangan sampai dilabelkan sebagai kuat cemburu. Kadang-kadang, kurang cemburu juga boleh menyebabkan hubungan menjadi kucar-kacir. Kadang-kadang pula, cemburu keterlaluan juga akan menyebabkan hubungan terus kacau-bilau. Cemburu memang menjadi sebahagian daripada kehidupan kaum perempuan. Maksudnya, sekiranya si perempuan itu tidak pernah berasa cemburu, mungkin hatinya tidak begitu telus menyayangi kekasihnya atau mungkin juga dia tidak normal!
Namun, awas sekiranya kekasih anda sentiasa cemburu terhadap anda. Apa jua yang anda lakukan, ke mana sahaja anda pergi, dengan siapa anda bersama, pasti dia akan berasa cemburu dan tidak senang duduk. Cemburu tandanya sayang namun kalau setiap masa akan cemburu, memang itu sengaja menempah bala dalam hubungan. Bertuah sungguh bagi lelaki yang mendapat pasangan yang dapat mengawal perasaan cemburu dan beruntung juga bagi perempuan sekiranya memiliki kekasih yang sentiasa menyokong dan mengawal perasaan cemburu.
Perempuan mula cemburu sejak zaman Nabi Yusof dan Zulaikha lagi, jadi tidak hairan kalau kaum perempuan sentiasa berasa cemburu sekiranya mereka berasa tergugat dengan keadaan sekeliling. Apabila kaum perempuan berasa tergugat dan terancam, perasaan cemburu secara automatiknya akan wujud dalam hati mereka. Hal ini mungkin terjadi kerana kaum perempuan ingin memastikan hak mereka sentiasa terjamin. Hak yang dimaksudkan ialah kasih dan sayang lelaki terhadap perempuan dan kasih sayang tersebut tidak boleh dikongsi bersama perempuan lain. Perkara yang sama turut terjadi terhadap kaum lelaki apabila mereka berasa terancam.
Perasaan cemburu muncul disebabkan oleh pelbagai perkara seperti wujudnya gangguan orang ketiga dalam hubungan atau munculnya seseorang yang layak bersaing dengannya untuk merebut cinta si jejaka atau si perempuan. Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan diri mereka berasa terancam dan sentiasa berada dalam keadaan cemas. Kerisauan yang keterlaluan akan wujud dalam diri sehingga menyebabkan pelbagai masalah yang lain timbul.
Namun, kita tidak boleh salahkan individu tersebut seratus peratus. Apa yang dilakukannya hanyalah untuk mempertahankan haknya sahaja. Niatnya cuma satu sahaja iaitu cinta yang diberi dan diterima itu tidak boleh terputus begitu sahaja malah dia juga tidak mahu hubungan cinta hancur akibat gangguan sekeliling.
Kaum lelaki mungkin akan berasa rimas dengan perempuan yang kuat cemburu ini. Tetapi, percayalah, perempuan sebenarnya tidak mempunyai niat untuk mengawal dan mengongkong hidup lelaki yang disayanginya. Perempuan langsung tidak mempunyai niat untuk cemburu namun akibat ingin melindungi hak mereka, perasaan cemburu itu akan muncul. Baik lelaki mahupun perempuan, masing-masing ingin memastikan kekasih yang dipuja sekarang akan tetap menjadi milik mereka sehingga ke akhir hayat.
Mungkin ini merupakan salah satu punca mengapa terdapat segelintir manusia yang sanggup membunuh pasangan sendiri. Kerana cemburu! Bahaya bagi individu yang gagal mengawal cemburu dan keadaan akan menjadi parah bagi individu yang berada di sekelilingnya. Apa yang perlu dilakukan bagi mengelakkan perasaan cemburu menguasai minda adalah dengan mengamalkan sikap saling percaya antara satu sama lain. Cuba berfikiran terbuka dan positif walaupun hati cuba untuk menghasut supaya berfikiran negatif. Perkara penting yang perlu diingat ialah SEKIRANYA ADA JODOH DAN MEMANG DITAKDIRKAN UNTUK BERSAMA, SEJAUH MANA DIA PERGI, DIA TETAP AKAN KEMBALI UNTUK BERSAMA DENGAN ANDA. (: